Sunday, 22 May 2011

Terima Kasih :)

Terima Kasih , kerana ad dsetiap saat saya perlukan awak .

Terima Kasih , sbb tolong kesat air mata saya .

Terima Kasih , sbb pernah sanggup buang masa layan setiap kerenah saya.

Terima Kasih , sbb pernah sudi dibebani dgn masalah2 saya , even awk sdri tgh bermsalah .

Terima Kasih ,sbb pernah rela tadahkan telinga dengar setiap bebelan saya .

Terima Kasih , sbb pernah buat saya ketawa .

Terima Kasih , sbb pernah buat saya gembira .

Terima Kasih , sbb pernah buat saya senyum .






TERIMA KASIH UNTUK SEMUA :)

Andai Kau Tahu !

Andai lelaki tahu - Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu - Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahuApabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda

Andai lelaki tahuApabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahuApabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tuhu - Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahuSememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, 21 May 2011

Tentang Lelaki (:

#  Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

# Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama !

# Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

 # Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain .

# Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih .. cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang .

# Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint ! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti .

# Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki ! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan !

Friday, 20 May 2011

Andainya Lelaki Tahu Hati Seorang Wanita !

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi
Perhatian .
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya ..
Ada waktu-waktu minta ditemani
Kesedihannya !

Andainya lelaki tahu
rajuk seorang
perempuan minta dipujuk .
Marah seorang perempuan perlu didekati .
Sedih seorang perempuan perlu didengari ..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi ..

Andainya lelaki tahu .
disebalik seribu satu rasa itu ,
Ada sekeping hati nan lembut ..

Bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh ..
hanya perlu sedikit perhatian ..
agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh !

Kerana andai lelaki tahu .
hati ini akan sentiasa bertanya .
pada diri seorang perempuan .
Wujudkah cinta itu dihati seorang lelaki ?
bila disaat jauh tanpa perkhabaran .

Sayangilah seseorang itu di atas dasar siapa dirinya sekarang ..
bukan diatas dasar siapa dirinya sebelum ini ..
Cintailah seseorang itu kerana hatinya ..
bukan paras rupa semata-mata !

Thursday, 19 May 2011

Seandainya (:

Ya Allah
Seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku , tercipta buatku ..
Satukanlah hatinya dengan
hatiku ..
Titipkanlah kebahagian antara
kami ..
Agar kebahagian itu kekal
abadi ..


Ya Allah , Ya Tuhanku yang
Maha Mengasihi ..
Seiringkanlah kami melayari
hidup ini ..
Ketepian yang sejahtera dan
abadi ..
Maka jodohkan lah kami ..


Ya Allah , ya tercinta ..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu ..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau
takdirkan ..
Adalah yang terbaik untukku ..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini ..

Cukuplah Engkau sahaja
menjadi pemeliharaku ..
Di dunia dan di akhirat ..
Dengarlah rintihan dari
hambaMu yang dhaif ini ..


Janganlah Engkau biarkan aku
sendirian ..
Di dunia mahupun di akhirat ..
Menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan
kemungkaran ..


AMINNN ....

Final Exam VS Bufday !

Waa , sedar ta sedar .. Hanya tinggal dua minggu lagi kot tuk aku prepare before perang exam bermula . Arghh , ta sgup aku ! Cepat kot , da nk final kn . Hurmm , aku ni tah pape lagi pn ta taw laa . Senang cite , lom ready lg maaa . Adushh , cmne ni babe ?

Hahahaa , tape laaa . Ready ta ready pon , tetap kena hadapi gak si Final Exam tuh . Waa , Terbaekkk ah ! Study week akan bermula . So , aku akan gunakan sebaek mungkin tuk aku prepare before final . Aku ni ta suke study awal2 ni . Last minutes nati , aku study laaa . Tuh laa cara aku . Hahaha ! Bagus an aku ? Yupp , mmg bagus laaa sgtsgt . Werrrkkkk !

Haaa , ape laaa punyer Final Exam ni . Ade ke ptot start 01june ? Ishh , ta ptot tol laaa . Kalo laaa start after 02june an , okee jgk . Hhahahaa ! Haaa , apsal aku ckp cmto . Sbb aku ta suke laa . Nape aku ta suke ? Sbb on 02june , dats my Bufday . Arghh , Final Exam on my bufday ? Waa , boley tahan gk laaa . Not bad . Sobb-sobb ;( . Pape pon , bufday ta bufday . Final Exam tetap final exam laaa babe . Ingat tuh !

Aku punyer first paper , on 02june11 .. Waaa , genap jep aku 19taon . Da diberikan hadiah paling the best laa tuk taun ni punyer bufday . Final Exam ! Hhahaaa , mmg TERBAEKK der . Paper FOM 244
( Front Office Management) , akan dijadikan sbg hadiah sempena bufday aku tuk yang ke-19 . Hhahaa , suke-suke ! Im appreciate . Wahh , bangga siott . Hahahaa !

02june10 , last years . Bufday aku di celebrate at dlm hutang babe . Waa , hadiah lak , dpt telor . Hahaha ! Biase laa , time tuh , still at PLKN lagi an . So , bile genap 18taun , sedang asyek dlm hutang lak tuh , tuk m'habiskan aktiviti WiraJaya . Now , bile genap 19taun lak , kena hadapi perang lagi . Perang paper exam . Waaa , mmg nasib laaa . Kalo laa tiap2 taun cmnie gayanye , dpt hadiah ''bagus-bagus'' laa aku . Hhaahaa !

Sedeyh , ta dapat nk celebrate bufday laaa . Nk balekk kampung , nk celebrate at kmpung wif my family . Especially , wif my siblings . Arghh , ta dpt gk aku nk tunaikan niat aku tuh . Now , terpaksa laa batalkan jep . So sad ;( . Kalo da ta dpt nk celebrate at kmpung wif my siblings , celebrate at cini pn best gk an . Tp , dgn sape ? Hurmmm , tape laaa . Tayah celebrate , tguu bile genap 20taun nati laaa ( tuh pn kalo tade tragedi yg ta disngka lg ). Yang diharapkan dpt Domokun ( angan-angan jep ), tapi akan dpt Paper FOM dulu . Adushh , terbaekk laaa . Hahahaa !



p/s : Awal2 da taw dpt hadiah ape tuk my bufday nati ( Paper FOM ) .

Wednesday, 18 May 2011

(:

'' awk !!!! sy Rindu awk !!!­ ­''

Thanks for your words , Awak !
Im glad to hears dats . Luahan yang selama ni mybe terpendam , akhirnya diluah jua . Im waiting for along time to hears dis words . Im appreciate !

Rindu awak jgk ! ;(

Monday, 16 May 2011

Stupid ;(

Kenapa harus ada rindu ?
Kenapa harus ada sayang ?
Kenapa harus ada cinta ?

Arghh , tolonggggg !
Perasaan tuh telah membunuh aku .
Perasaan yang amat kejam .
Kejam tanpa balasan !

Mengapa aku bisa TERjatuh ?
Mengapa aku harus mengenali ia ?
Mengapa sume ini harus terjadi ?
Mengapa aku yang dijadikan mangsa ?

Waa , plissss !
Take me far away from dis feeling .
Stupid feeling !
Enough , I can't .

Rindu , sayang , cinta .
Yang begitu kuat membunuh !
Perasaan yang amat suci .
Tuk seorang insan yang lemah .

Thursday, 12 May 2011

TERjatuh !

Betapa mudahnya tuk menyukai seseorang .
Namun ianya amat perit bila perasaan suka hanya dirasai seorang diri .


Betapa susahnya tuk menyintai seseorang .
Namun ianya sangat indah jika perasaan cinta dirasai bersama-sama .


Biarkan berpukul berpalu persoalan yang datang . Aku tahu kau tiada jawapan tuk semua itu . Aku tahu tuh !

Kenapalah ada istilah Jatuh Cinta , dan bukan nya Jatuh suka  ?

Bukankah jatuh suka itu lebih ramai orang hadapi ? Even kita da berdua pun ,
perasaan suka tetap ada . Tak kira siapa yang mendatang , siapa yang dulu tiba . Kalo yang datang tanpa harapan takpe , ni datang bawak sejuta harapan yang asyik menakutkan hari-hari kita !

* Nevermind , selagi percaya padanya .kita tahu dia yang pertama !

(^_^)

Loving someone doesn't need a reason . If yuu can explain why yuu love someone , It's not called ''Love'' , but its called ''Like'' .



I didn't stop loving yuu, I just decided to stop 
showing it bcoz no matter how hard I tried , 
yuu just wouldn't get it .


''An eye for an eye, only makes the world blind'' .

Indah (:

Terasa indah bila mata bertentangan
saat itu , ta dapat digambarkan melalui kata-kata
yang pasti kita tersenyum
melalui lirikan dua mata itu
bagaikan dunia dalam tangan kita



Tapi percayalah
saat itu sekejap saja
bermakna atau tidak
hanya Dia saja yang tahu
mohon pada-Nya
bahawa saat itu
kekal dalam hati
teguh dalam jiwa
setia dalam nafas



Bilamana kau rase tersesat
tak mampu lakukan semuanya
tetapkan imanmu
kepilkan sedikit kepercayaan
dalam akal fikiran itu
bahawa Dia sentiasa ada
untuk bantu kita
hadapi hari seterusnya .

Tuesday, 10 May 2011

L . O . V . E

Cinta amat berharga . Oleh itu , hargailah cinta yang suci !  Cinta hadir bile dua insan yang bertemu , dan kini ia menjadi satu hati .  Cinta ibarat kain putih , terpulang pada kite bagai mne hndak mncorak kan ia . Jika benar , maka SUCI laa ia !

Cinta sejati , sukar dicari . Tapi cinta yang sejati juga amat susah tuk dilupekan ! Cinta juga memerlukan pengorbanan yang besar , tinggi . Cinta amat manis , tapi cinta juga pahit ! So , maniskan laa cinta kamoo dengan keikhlasan hati n diri tuk cinta kamoo ! Hargailah cinta bile anda dianugerahkan dengan hadir nye CINTA !

 Cinta memerlukan hati yang ikhlas tuk menguatkan sesuatu ikatan perhubungan . Tanpa cinta , tiade hadirnye kasih sayang ! Kasih sayang yang ikhlas kunci cinta yang SEJATI !  So , setiap perhubungan memerlukan hati yang ikhlas dan jua jujur . Jujur , ikhlas , setia , adalah kunci KEBAHAGIAN !

Friday, 6 May 2011

Dia ;Fauziah Binti Yusof

Assalamualaikumm ..

   Aku ad kakak . Aku pyer kakak sorg jep dalam dunia ni taw . So , mst laa aku sayang kakak aku sgtsgt !
Kakak aku , now da 22taon . Tapi , cm gaya org 22 kew ? Hahaha , kalo laa korg ni taw n knal si kakak aku ni cmne . Kompem , korg pn ckp bnde yang sme taw . Eh , umo da 22 taon . Tapi perangai , haa cm budak kcik jep laaa . Hehee . sory Kak Long <3

  Aku happy sgtsgt ad kakak cm die taw . Die mmg faham laa perasaan aku ni . Haa , lagi2 laaa kalo perasaan bab cinta-cintan ni . Hehehe . Die mmg sporting abes laaa . Susah kot nk jmp akak yang mcm die ni . Akak yang sporting pluss kepala giler2 . Hahahaa ! Die selalu bagi aku support dalam pape hal sekalipon . Die ta suke tgok adik2 die dlm kesusahan . Die adalah kakak aku . Dan die juge lah ibu kami bile Mom aku tade at umah or bile Mom aku sakett . Die mmg senang tuk memahami hati adik2 die . Die paham kami ! Arghh , kalo laa tade die kan .. Cmne ea hidup kami ni . Die da cam ibu kami laaa . Ibu kedua kami . Aku sayang die sgtsgt <3 .


Fauziah Binti Yusof !
My sister pluss ''crazy sis''
Now , 22 taon .
Status , ''engaged''


Kak Long wif Kak Ngah .
Ni pic time raya last years , kami skluarga mmg tiap2 taon sdondon !
Akak n adik yang ta suke dduk diam , ad jep aktiviti .
Sayang kamoo ketat-ketat <3


Haa , ni laa akak aku n my future bro in-law nati .
Yeahuuu , aku akan dpt abang . Suke :)
Kak Long wif Tunang die . Abang Imie A.K.A Abang Long or name sbenar .
Shamsul Hakimie Bin Ismail .


  Hurmm , dis years . 2011 . Ta lama lagi da nk raye kan . Enden , raya haji lak .. Alaa , bile part raya haji nti laa ta suke ni . Tapi , bg akak aku mmg die laa org yang paling bahagia nti kan . Sebab nk jadi Raja Sehari laa katakn . Sape yang ta bahagia kn . Heheehe . Tapi , kami terpaksa kehilangan die . Sedeyh laaa cmnie ;( . Eh , tapi tape laaa . Kan tuh tuk kbahagian akak aku jgk . So , aku pon turut bahagia jgk . Coz ta lama lg aku akan dapat ''Abg Ipar'' . Yess , da lma sgt aku nk rase ad abg cmne . Sbb aku tade abg laaa . So , bile die da kawen nti , mst laaa aku akan ad abg kn . Yess , suke nyer aku ! Lalalaalalaa :) .

Dia ;Noor Fatin Binti Yusof

Hye guys ..

    Now , bout adik aku yang num3 lak ea .. Aku kan ramai adik . ( tiga pn ramai ker ) . Hahahaa ! Haa , so nk tanak . Korg kena taw n dgr laa jgk kan . Alaaa , nk citer sal adik2 aku jep kot . Maklum laa org tade sape-sape yang special kn . So , citer sal adik jep laa . Hhehe ( tachink laa plk ) .

  Adik aku yang sorg ni , haiyaaa bnyak besar maa dari aku . Ad tuh , cmpai2 org ckp die akak n aku ni yang adik . Waa , cm best jep dgr . Hahaaha ! Adushh , akak n adik pon ley tukar2 kew ? Eh , makcik .pakcik . Yang tuh adik sy laa . Die adik , sy kakak . Haa , da letih kot asyek kena jwp cm tuh jep ckmo . Hahaaha ! Tapi , pape pon aku happy sbb adik aku lagi besar dari aku . So , tade laa npk aku ni cm da tua kn . Hahaha , ngade2 laa plk die ni . Over acting laa , Hehee :) . Tapi , seyes weii . Aku pergi laaa mne2 pn . Org akan ckp aku ni adik . Nape ea ? Aku ni kecik sgt kew , aku ni budak2 lagi kew , aku ni ta matang kew ? Arghh , tuh sume bukan jwpan die laaa . Jwpan die , ialah adik aku tuh yang besar sgt dr aku . Haa , sape suh ? Kan da kena trime n pegang jawatan ''kakak'' kpd aku . Hahaha !



Noor Fatin Binti Yusof !
Adik yang num3 dr 5beradik ..
16taon .


Seorang yang rajin + malas ..
Adik yang suke sakat aku ..
Adik yang suke kacau aku bile2 masa jep .
Adik pluss bantal tidor aku , Hahaha !


Kak Ngah wif Kak Chik <3
Rindoo usikan kamoo .
You are my ''pillow'' .
Love n Miss u Fatin <3


   Now , die skunk form4 . Hurmm , 16 taon laa kn . Baru jep lps mhdapi exam PMR last year . Saya pgil die Fatin , tuh jep laaa . Tapi , adik2 aku yang laen n spupu spapat aku pgil die ''Kak chik'' . Hurmm , fatin ko jgn nk enjoy2 sgt yer . Even da abes exam pn . Tapi , kena ingat yer . Next year nti ko nk exam yang lagi laa paling besar taw . Exam yang mnentukan pjalanan hidup ko tuh . So , dis year study rajin2 ea . Bukan masa tuk honeymoon2 oke ? Nway , Miss you very much ''Kak chik'' <3 .

Dia ;Muhammad Faidhi Bin Yusof

Salam to all ..

  Aku pyer adik . Haa , ramai tol laaa adik aku ni kan . Ta abes2 jep nk story sal mereka ni . Alaaa , ,mmg ta akan abes pon . Yelaa , lps sorg adik . Sorg lagi . Adushh , fenink2 ! Tapi , tape laaa . Sebab aku sayang dorg , aku post laaa . Haa , sape-sape yang di post at cini . Tuh laa antara org2 yang aku sygs bangat sih !


  Now , i wan to share wif u about ''my adik'' sorg lagi ni haa . Adushh , adik ni lagi yang paling ku fenink . Haii , yang sorg ni laaa paling byk kerenah taw . Macam2 kerenah si budak ni sorg laaa . Ta daya aku nk mjage nye . Aku pyer adik ni , yang num4 . Second last bro ! Hurmm , adik aku sorg ni mmg mcm2 perangai laa . Adoii , letih eden nak uruskan taw . Adik yang paling giler , adik yang paling kelakar pluss lucu , adik yang paling sumbat , adik yang paling banyak gelagat . Waa , aku nk ckp stu2 ni , kompem mmg ta abes laaa . Just pendek citer , die laaa yang paling giler2 dalam family kami . Haa , tanpa die . Senyap sunyi taw umah ktorg ni . Haa , amek ko ! Arghh , ta suke laa bile die tade at umah or same ktorg . Ta meriah suasana kot .


Muhammad Faidhi Bin Yusof !
My funny bro , yang num4 ea .
Love n miss him damm much <3


Adik yang kelakar .
Adik yang peramah .
Adik yang suke meminta , hahaa !
Adik yang giler-giler . Tuh penting .


Kak Ngah wif ''abang''
You are my funny bro , love u !
Happy ending wif you <3


   ''Pedy'' . Tuh laaa pngilan manja yang kami satu family bg at die . Tapi my mom n my dad , pgil die ''abg'' . Name mnja katakn , Hehehe :) . Hurmm , nk pndek kan citer lagi laa . Kami bangge ad die . Die adalah satu2 nye harapan kami skluarga . Alaaa , die laa yang paling cerdik or pndai dlm kami lima beradik senang citer kan . Hahaha :) . Dia at hostel skunk . Dari start form one cmpai laa skunk da form three . Die still at hostel . Alaa , bdk kelas elit kot . Kena laa dk hostel an ? Hahaa , pdn muke ko yer Pedy . Duk laaa citu cmpai ko abes ea . And paling pnting cmpai ko dpt kurus n turunkn berat bdan uh . Hahaha ( gurauan yg biase ) . Btw , aku pown rindoo giler at die skunk ni . Die pngubat diwaktu aku sedih2 taw , die selalu hiburkan aku dgn lawaking die uh . Dan smemang nye . Aku terhibur sudaa ! Miss him damm much , abg <3

Dia ;Mohd Fazrie Bin Yusof

Hye peeps .

   Waa , da lma tol laaa ase nye ta berblog ni . Rindoo lak ! Hehee :) . Hurmm , ta berblog pon lma , ta balekk kg pon da lma kot . Waaa , rindoo nak balekk kampung lebih dari rndoo berblog . Haa , rindoo sgtsgt at kampung pluss at my youngest bro . Miss him damm much ! Adik , rindoo bangat sih sama kamoo . Da lama ta bergurau2 ng adik . Rindoo adik sgtsgt ! <3



 Mohd Fazrie Bin Yusof !
My youngest bro , love n miss himm damm much <3



Rindoo senyuman adik .
Rindoo gelak tawa adik .
Rindoo gurauan adik .
Rindoo semua tentang kamoo !
You are my everything adik <3


Kak Ngah wif Adik <3
Miss dis moment when i wif u .
Adik yang banyak kerenah .
Adik yang kelakar .
Adik yang selalu mbuat senyuman t'ukir dibibir aku !



   Aku pyer adik . Aku rindoo sgtsgt at die . Da lama kot ta jmp die . Da sebulan lebih ? Waa , cam ta caye laa plk aku . Ouh , ptot laa aku da rindoo giler at die skunk . Uwaaa , nak adik ! Rindoo kamoo adik . Kak nagh miss sgtsgt adik . Adik camne skunk , mst laa oke kn . Adik kak ngah kan kuat org nyer . Same cam kak ngah kn , so adik mst laa baek2 jep skunk kn . Adik jgn nakal2 taw , adik kena rajin pergi sekolah . Adik jgn buat hal ea , adik jgn susahkn ma n abah taw . Adik kena jage ma n abah yer . Kak ngah rindoo sgtsgt at adik . Waaaa , aku nk balekk skunk jgk ! Nak maen ng adik , nk peluk adik , nak makan ng adik , nak g pasar ng adik , nak g jalan2 ng adik . Yang paling penting , aku nak peluk , cium adik byk2 ! Hurmm , adik jgn nakal2 yer . Law adik nakal , kak ngah ta belikan baju lg . Nak baju n seluar lg ta ? Haa , law nak . Ingat pesan kak ngah oke . Dun be noty2 my beloved bro . Miss him damm much ! <3

Dia !





                     Layannn Jerrr !


    Dia , insan pertama yang bertahta
   Dia , insan pertama yang ku cinta
   Dia , yang pernah mbuatku bahagia
  Dia , yang mengajar ku tentang erti rindu
  Dia , yang dulu pernah ku sanjungi
  pergi shingga kini tak berganti

Hilang dari pandangan hidup ini .
membawa luka pedih tak terperi .
Tiada ku duga , permulaan yang jernih
menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antara ku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua .

Kini , terkilan sungguh rasa hati
Dia , tak pernah lagi ku temui
Dia , ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya !