Saturday, 21 May 2011

Tentang Lelaki (:

#  Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

# Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama !

# Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

 # Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain .

# Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih .. cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang .

# Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint ! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti .

# Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki ! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan !

No comments:

Post a Comment