Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi
Perhatian .
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya ..
Ada waktu-waktu minta ditemani
Kesedihannya !
Andainya lelaki tahu
rajuk seorang
perempuan minta dipujuk .
Marah seorang perempuan perlu didekati .
Sedih seorang perempuan perlu didengari ..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi ..
Andainya lelaki tahu .
disebalik seribu satu rasa itu ,
Ada sekeping hati nan lembut ..
Bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh ..
hanya perlu sedikit perhatian ..
agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh !
Kerana andai lelaki tahu .
hati ini akan sentiasa bertanya .
pada diri seorang perempuan .
Wujudkah cinta itu dihati seorang lelaki ?
bila disaat jauh tanpa perkhabaran .
Sayangilah seseorang itu di atas dasar siapa dirinya sekarang ..
bukan diatas dasar siapa dirinya sebelum ini ..
Cintailah seseorang itu kerana hatinya ..
bukan paras rupa semata-mata !
No comments:
Post a Comment